Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah halaman ini dapat dibina dan dipamerkan untuk tatapan umum. Semoga segala input yang disampaikan akan dapat memberi manfaat kepada semua..
BROSUR PELAKSANAAN PT3 2020
DSKP PELAKSANAAN KAJIAN KES PT3 SEJARAH 2019
CONTOH KERTAS SOALAN SEJARAH PT3 2019
PANDUAN PELAKSANAAN TUGASAN KSSM SEJARAH (TST3)
PENERANGAN PELAKSANAAN KAJIAN KES SEJARAH PT3 2019
KAJIAN KES SEJARAH PT3 2019
Langkah 1: Membina Pernyataan Masalah
Memberi pemahaman tentang skop pernyataan masalah yang dibina.
Mengadakan perbincangan dalam kumpulan atau individu berdasarkan pernyataan masalah
Contoh soalan : Sebelum kedatangan kuasa Barat, negara kita telah mempunyai sistem
pentadbiran yang sistematik. Adakah anda bersetuju dengan pernyataan ini.
Contoh persoalan kajian:
- Adakah negara kita mempunyai sistem pentadbiran yang sistematik sebelum kedatangan Barat?
- Bagaimanakah bentuk sistem pentadbiran tersebut?
- Sejauh manakah perubahan pentadbiran yang dibawa oleh kuasa Barat memberi kesan kepada penduduk tempatan?
- Berikan cadangan untuk memantapkan sistem pentadbiran negara hari ini?
Langkah 2: Kajian Literatur
Mengenal pasti bahan rujukan dan kajian lepas berdasarkan buku ilmiah, jurnal, majalah dan sebagainya.
Mencari bahan atau sumber berkaitan untuk menentukan objektif kajian. Jumlah rujukan sekurang-kurangnya 3 rujukan.
Langkah 3: Menentukan Objektif Kajian
- Menerangkan kepentingan objektif kajian kepada murid.
- Membina objektif yang jelas agar mudah dicapai.
- Membina objektif merangkumi pengetahuan, kemahiran dan nilai.
Contoh Objektif:
- Membincangkan sistem pentadbiran tempatan sebelum kedatangan Barat.
- Menjelaskan perubahan pentadbiran yang diperkenalkan oleh pentadbiran Barat.
- Membincangkan kepentingan mengekalkan sistem pentadbiran yang sistematik.
Langkah 4: Menentukan Kaedah Kajian
Guru perlu membimbing murid untuk menggunakan kaedah kajian yang bersesuaian.
Contoh kaedah kajian: Mengenal pasti kaedah yang sesuai dengan kajian.
- Kaedah bertulis
- Kaedah lisan
- Pemerhatian
Langkah 5: Mengenal pasti Sumber Rujukan
- Menentukan sumber rujukan yang sesuai digunakan.
- Memilih sumber yang sesuai untuk memastikan data yang diperoleh sahih dan benar.
- Memastikan murid bertanggungjawab dengan sumber yang diperoleh sebagai bukti.
Contoh sumber rujukan:
- Orang sumber
- Dokumen/ jurnal
- Laman sesawang
- Majalah
- Agensi berkaitan
Langkah 6: Analisis Data
- Membanding beza dapatan yang diperoleh.
- Memastikan data yang diperoleh dapat mencapai objektif kajian dan menjawab pernyataan masalah. .
- Menganalisis data dan membuat perbandingan daripada pelbagai bahan dan sumber untuk menjawab pernyataan yang dikaji.
Langkah 7: Laporan Kajian
Menyediakan laporan kajian seperti berikut:
- Tajuk (Pernyataan masalah)
- Objektif
- Kaedah kajian
- Dapatan kajian
- Kesimpulan dan cadangan
- Rujukan
- Lampiran
Menghasilkan laporan kajian seperti bentuk berikut:
- Penulisan Kerja projek
- Buku Skrap
- Lukisan
- Pembentangan
- Video
- Folio
- Esei
- Power point
MYPORTAL